Rabu, 11 September 2013

KEHIDUPAN

Susah jika kita tak jujur dengan diri sendiri dan juga orang lain.
jika tak jujur dengan diri sendiri macam mana nak jujur dengan orang lain kan?
so kena la jujur dulu dengan diri sendiri dan baru lah kita bo0leh jujur dengan orang lain .
by the way, jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan perlu fikir hati orang lain juga.
kadang-kadang hati kita tak terjaga juga but kita mesti fikir kalo kita jaga hati orang lain insyaallah orang akan hormati kita dan akan jaga hati kita juga..
hidup ini terlalu singkat buat kita semua tapi semua benda kita boleh buat dalma dunia ini. 
apa yang dilarang, hah yang juga la yang manusisa yang nak buat sangat... betul dak??

Mulut manis bila seseorang berbicara tapi kalo orang tu yang menanggung saat kesusahan orang yang bermulut manis tu batang hidung pun tak kan nampak.
entah hilang ke mana tah la...
tapi kita harus ingat, hanya orang yang betul-betul sanggup bersama kita saat susah senang ni adalah IBU BAPA kita.
Mereka lah insan yang paling kita sayang dan hanya mereka saja yang kita punya di atas muka bumi ini.
Satu ja kita perlu ingat walau sejahat mana mereka, seburuk mana mereka
kita tak boleh menghukum mereka atau malu ada mereka
kita patut bangga kerana kita dilahirkan dan dibesarkan di dunia Allah yang sungguh indah ini.
kita perlu berdoa untuk kebaikan mereka....
restu ibu bapa adalah restu Allah kepada kita...

Apa yang diperkatakan ini hanyalah untuk mengingati diri ini dan orang yang membawanya...
insyaallah Allah akan lindungi orang baik dan sabar...



-MYRA URESHI-     

TERLALU BANYAK KENANGAN BERSAMAMU

Orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah orang yang paling berani
Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat 
Orang yang paling melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia

DUNIA

Dunia ini umpama lautan yang luas
kita adalah kapal yang berlayar di lautan 
dan di sana telah ramai yang karam di dalamnya
andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Rabu, 31 Julai 2013

Keresahan Jiwa Melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kerinduan melanda tanpa aku sedari tetapi aku xpasti apa maksud mimpi yang telah aku sejak kebelakangan ni...kadang2 aku termimpikan seorang lelaki yang aku sayang dan kadang2 aku mimpi mengenai benda yang pelik2...aku pelik tapi aku abaikan..Ya Allah, lindungilah hambaMu ini..janganlah terjadi apa2 tidak diingin...
                                                                    
Lagi seminggu lagi aku ingin menduduki exam STPM for sem 2...hope i can do it the best...!! i will!! 
Nak exam tapi belum ready lagi la...so now start tu stdy smart n hard...bukan apa xdak masa la sbb hari itu asyik tumpu pada kerja khusus so pembelajaran terbantut la...bytheway, aku harap sangat pointer aku terbaik la!!..insyaallah aku berusaha yang terbaik la...

hahah...pelik plak aku ni..mula2 cerita pasal mimpi bagai pstu masuk plak bab aku nk exam..heheh...what ever lah...! huhu...hah ni aku nk msuk lak bab aku nk karok weyh...hahah....nk lepaskan segala yang terpendam dalam dada ni...membuak-buak ni...hahah...ni la cara aku lepaskan stress...enjoy dengan kawan2...melalak mcm apa g...tapi jgn pkir yang aku ni jenis sosial k..aku hanya kuar bila perlu..bab nk sosial ni bukan diri aku...sorry 2 say..

SO takat ni la dulu aku cerita mengenai aku untuk tahun 2013..la ni aku dah upper six...ohMyGod!! tua dah aku..hahha...ehh perasan muda la plak...hehe..10/5/2013...

tataa....




Khamis, 4 April 2013

IBU...


Cerita si anak.....
Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru  untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu  hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya  khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci  kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya  salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… 
Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku  berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku  datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak  pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,  anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau  datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus  menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan  pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah  memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah  usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat  yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu  teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke  Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan  datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin  tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana  sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu  mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat  kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak  sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku  memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
…Dengan kasihku kepadamu… …IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepasitu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Wassalam...

Sabtu, 19 Januari 2013

LINDUNGILAH DIRI KAMU

                      



                  Assalamualaikum...ampa semua sihat kan...ook la tu...kalo deman ka sakit yang lain2 p la hospital ka klinik ka....kita boleh usaha ja untuk sembuh tapi yang beri kita sakit sihat tu hanya kerja Allah...kita tak boleh la nk lawan kalo tu dah takdir yang Dia bagi kepada kita...syukur la sebab Allah beri kita peluang untuk kita usaha mencari ubat untuk kita sembuh tapi dengan izin-Nya....
Kadang-kadang pelik kan bila segelintir manusia ni mengeluh bila dapat sakit..tapi tanpa kita taw tu la satu anugerah Allah untuk hapuskan dosa-dosa kecil kita...
Okey! nak cerita satu benda ni berdasarkan apa yang Mira baca la dan pengalaman yang pernah saya alami sendiri...dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus dan sentiasa berusaha untuk mempengaruhi kita untuk ikut telunjuk mereka..Hmmm...seram pulak bila tahu benda ni kan...Tapi tak payah takut la selagi kita masih bersama Allah swt insyaallah tiada apa yang akan menganggu dengan izin-Nya...
Jin ni akan suka pada wanita yang suka bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat....Jin ni akan terpikat dan bila dah terpikat jin akan berusaha untuk masuk ke tubuh manusia yang dia suka tu..jin akan memilih orang yang lemah semangat dan tak berpegang kukuh kepada agama...lebih baik kita selalu berzikir kepada Allah..jangan terlalu bersolek sangat,..nak bersoleh boleh tapi jangan bersolek untuk menarik perhatian orang lain...
jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain. 

18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
                   tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Tanda2 lain
pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Satu lagi bila telinga berdesing baca doa ni
Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH s.w.t mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."




BERJALAN TANPA HENTI-DEVOTEES




Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti


Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia