Ahad, 24 Jun 2012

MAAF



Orang yang mencintai Ilahi
dirinya tak keluh-kesah
apabila ditimpa ujian
kerana dia yakin dengan kasih Tuhan...
Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya tidak melatah apabila orang tersayang dirampas kerana walau dia kehilangan dia masih bermodalkan cinta Ilahi..
Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi sentiasa pasrah kepada-Nya..
Sabar menempuh ujian kerana dia tahu ujian itu adalah tarbiah daripada-Nya....
Orang yang benar-benar mencintai Ilahi
juga harapkan kebahagiaandi dunia
tetapi jika tak dapat dimiliki
dia harapkan keindahan 'di sana'
kerana dunia ini hanya pinjaman
dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
yang dipinjam untuk sementara di dunia ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan